Jalenas bersaing dengan TM?

View previous topic View next topic Go down

Jalenas bersaing dengan TM?

Post by gengel on Fri Aug 14, 2009 3:44 pm

Harian Metro 14 ogos 2009


SEHUBUNGAN dengan inisiatif Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd (Jalenas) untuk menyediakan rangkaian penyambungan jalur lebar berasaskan talian gentian optik ke rumah kediaman dan pejabat di seluruh negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berbincang dengan Telekom Malaysia (TM) untuk melihat peranan yang boleh dimainkan Jalenas sebagai penyedia kedua negara.

Jalenas sebagai syarikat di bawah kerajaan negeri Pahang, tahun lalu sudah mencadangkan untuk menjadi penyedia alternatif kepada rangkaian gentian optik ke seluruh negara berasaskan 'Capaian Terbuka'. Namun cadangan itu ditolak.


Najib memberi isyarat beliau akan menilai semula peranan yang boleh dimainkan Jalenas sebagai penyedia rangkaian gentian optik alternatif kepada negara.

Sebelum ini, TM diberi kepercayaan melaksanakan projek rangkaian jalur lebar negara (HSBB) tanpa peletakan tender terbuka kerana TM didapati hanya satu-satunya syarikat yang berupaya melaksanakan projek seperti itu.

"Walaupun HSBB diberi kepada TM, saya berharap inisiatif kerajaan negeri Pahang ini diberi ruang untuk turut serta," katanya ketika ditanya selepas melancarkan MSC Malaysia Pahang, di Dataran Putra Kuantan, Pahang minggu lalu.

Najib berkata, agenda jalur lebar negara mensasarkan 50 peratus isi rumah di negara ini diliputi dengan rangkaian jalur lebar.

"Cabaran kita ialah memenuhi sasaran itu dalam tempoh kurang setahun, sedangkan kadar penembusan sekarang hanyalah di sekitar 26 peratus," katanya.

Jalenas mengamalkan model rangkaian capaian terbuka yang menggalakkan persaingan dan kualiti perkhidmatan yang banyak diamalkan negara maju lain termasuk Sweden, Norway, Denmark, Jepun, Korea Selatan, Finland, Singapura dan Australia.

Selepas kertas cadangan ditolak tahun lalu, Jalenas beralih untuk memulakan projek di peringkat negeri dengan Kuantan menjadi lokasi pertama menerima teknologi penyambungan berasaskan gentian optik dengan kelajuan sehingga 100Mbps.

Inisiatif itu disokong Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang percaya syarikat itu mampu menjadi pelengkap kepada operator sedia ada serta apa juga rangkaian yang terdapat di dunia untuk menjadi laluan alternatif kepada pengguna dalam mencapai perkhidmatan pada kelajuan tinggi.

"Jalenas adalah satu daripada rancangan kerajaan Pahang untuk menjana pendapatan baru bagi negeri ini," katanya.

Bagi melaksanakannya, Jalenas melantik Ericsson sebagai rakan kongsi teknologi untuk membekalkan rumusan akhir-ke-akhir.

Dalam fasa pertama, kira-kira 30,000 penyambungan ke rumah dan pejabat (home-pass) dijangka berjaya dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Sementara kira-kira 2,000 penyambungan dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.


what say u?? dimana letaknya kepentingan TM? Bukan goverment gak ke yg suh TM wat projek ni...

gengel
Admin

Posts : 341
Join date : 2009-07-27
Age : 26
Location : Wangsa Maju -- Brickfield

http://hsbb92009.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by tokeikambeng on Fri Aug 14, 2009 3:56 pm

kompom kronimisme berlaku...PM plak org pahang..adeh terfitnah plak di hari jumaat
avatar
tokeikambeng
Tukang Jaga Umah

Posts : 144
Join date : 2009-07-27

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by gengel on Fri Aug 14, 2009 4:00 pm

aku juga nampak begitu.. kenapa mesti pahang.. tidakkah kepentingan lain dijaga... at least biarlah HSBB ni siap sepenuhnya dulu ke.. tak ke derang nampak bape byk TM habiskan utk projek ni..

gengel
Admin

Posts : 341
Join date : 2009-07-27
Age : 26
Location : Wangsa Maju -- Brickfield

http://hsbb92009.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by maddy on Fri Aug 14, 2009 4:08 pm

aku pown setuju ngan korang..hurm..
ye la..najib skang ape pown yg die buat mesti die utamakan pahang..nak2 kt pekan..
skang nih sume org politik bn kene ikot formula pekan..ye la die kn nk rampas selangor balik..
biasela tu..agenda politik..
ape2 pown..hanya Allah yg mengetahui..
kalo dorang nk join bole, tapi tgk dulu cara telekom malaysia punye kerje..hehe..
kalo xde persaingan pown..mesti x best..mesti la org telekom akn buat yg terbaik insyaAllah, bile da ade persaingan..

maddy
Tukang Jaga Umah

Posts : 545
Join date : 2009-07-28
Location : BKM

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by gengel on Fri Aug 14, 2009 4:39 pm

Jalenas pemangkin jalur lebar
Husain Jahit
husain@hmetro.com.my


PAHANG menjadi satu-satunya negeri di Malaysia mengorak langkah jauh ke depan menjangkaui era jalur lebar semasa apabila melaksanakan inisiatif capaian berasaskan talian gentian optik ke rumah (FTTH).

PAHANG menjadi satu-satunya negeri di Malaysia mengorak langkah jauh ke depan menjangkaui era jalur lebar semasa apabila melaksanakan inisiatif capaian berasaskan talian gentian optik ke rumah (FTTH).

Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd (Jalenas) memilih Kuantan sebagai bandar pertama di Malaysia menggunakan prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi FTTH capaian terbuka.


Capaian terbuka akan membawa maksud model perniagaan apabila Jalenas akan menjadi penyedia prasarana rangkaian kepada penyedia perkhidmatan atau operator.

FTTH ialah prasarana berasaskan kabel gentian optik bagi menggantikan wayar kuprum sedia ada digunakan sekarang oleh kebanyakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Teknologi ini didapati lebih berkesan kerana mampu memberi kelajuan jalur lebar yang amat tinggi ke atas pelbagai perkhidmatan bersepadu termasuk suara, data dan video yang akan disalurkan terus ke rumah pengguna.

Era Internet yang berkembang dengan pesat hari ini boleh mengambil kesempatan teknologi terbabit bagi menyalurkan berbilang isyarat digital menerusi satu kabel dengan kelajuan yang tidak dapat disangkal iaitu sehingga 2.5 gigabit sesaat (Gbps) berbanding 1.5 megabit sesaat (Mbps) menggunakan kabel kuprum.

Prasarana gentian optik capaian terbuka Jalenas akan terus ke rumah pengguna untuk menyokong kelajuan Internet yang diperlukan.

Ia amat sesuai bagi memindah turun pelbagai kandungan termasuk filem, muzik, bermain game dalam talian, menonton berbilang saluran TV berdefinisi dengan serentak tanpa mengurangkan kualiti gambarnya, menggunakan perkhidmatan telefon dengan jelas dan banyak perkhidmatan maju pada masa depan.

Matlamat yang dibawa Jalenas ialah menyediakan setiap rumah yang berada di kawasannya dengan prasarana komunikasi paling bertenaga, di samping membuka peluang kepada semua penyedia perkhidmatan supaya bersaing di atas sebuah rangkaian terbuka.

Menurut Pengarah Eksekutif Jalenas, Heikal M Ali, dengan rangkaian Jalenas pengguna akan mendapat kelajuan sehingga 100 ganda lebih tinggi berbanding penyambungan sedia ada.

Dalam pada itu, katanya, pengguna tidak akan kehilangan kelajuan menerusi perkongsian penyambungan tidak kira berapa ramai penghuni di dalam sesebuah rumah terbabit atau kejiranannya.

"Rangkaian gentian optik Jalenas berasaskan 'Capaian Terbuka' apabila syarikat penyedia perkhidmatan boleh menawarkan perkhidmatan seperti Internet, telefon, TV satelit dan sebagainya."

"Pengguna pula mendapat kebebasan memilih penyedia perkhidmatan terbaik dengan tawaran harga paling menarik," katanya.

Heikal berkata, dengan adanya teknologi penyambungan berasaskan gentian optik di rumah itu, secara tidak langsung ia akan meningkatkan nilai hartanah dan kita sebagai pengguna pula mendapat sistem penyambungan termaju pada masa depan.

"Sebagai permulaan, kami mensasarkan untuk menyediakan penyambungan (home- pass) ke atas 30,000 rumah dan pejabat di sekitar gelung rangkaian gentian optik Jalenas di Kuantan dalam tempoh tiga tahun dengan kelajuan di antara 30 hingga 100Mbps," katanya.

Syarikat itu juga mensasarkan untuk menyambung sehingga 2.5 juta rumah dan pejabat di seluruh negara dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dengan pelaburan sehingga RM10 bilion untuk melengkapi prasarana rangkaiannya.

Menurut Heikal, menjelang akhir tahun ini, Jalenas menjangkakan dapat menyediakan sehingga 2,000 penyambungan meliputi rumah kediaman dan pejabat terutamanya agensi kerajaan.

Jalenas adalah milik High Speed Broadband Technology Sdn Bhd (HSBT), syarikat perkongsian antara Technology Resources Sdn Bhd (anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang) dengan Bumiraya Resources Sdn Bhd.

Walaupun ia sebuah syarikat baru, ia disokong gergasi teknologi telekomunikasi terkemuka dunia, Ericsson dan PacketFront sebagai peneraju dunia rumusan capaian terbuka.

Ericsson pada keseluruhannya bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan membekal rumusan akhir-ke-akhir, projek guna pakai dan menguruskan rangkaian capaian terbuka, sementara PacketFront menyediakan rumusan penyediaan perkhidmatan.

Menurut Pengerusi HSBT, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Jalenas menyediakan prasarana batuan terakhir kepada syarikat untuk menyediakan perkhidmatan menerusi jalur lebar berkelajuan tinggi.

"Dengan memberi capaian sama rata kepada penyedia perkhidmatan prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi, jalur lebar, aplikasi dan kandungan, mereka boleh mengembangkan perniagaan dengan pantas di dalam era Internet masa kini yang lebih mementingkan kelajuan," katanya.

Sharkar berkata, Jalenas kini berunding dengan beberapa penyedia perkhidmatan di negara ini untuk menggunakan perkhidmatannya di seluruh negara.

"Dengan menawarkan pilihan yang lebih baik kepada penyedia perkhidmatan bagi menghubungkan mereka dengan rangkaian kabel antarabangsa dan serantau, kos keseluruhan bagi capaian Internet di negara ini boleh dikurangkan sebanyak mungkin," katanya lagi.

Jalenas juga merancang memperkenalkan perkhidmatannya ke seluruh negara sebaik perbincangan dan koordinasi dengan pihak berkuasa negeri atau tempatan berjaya dimeterai.

kenapa aku nampak macam tak bape nak best je... tapi aku leh ar minta keje kat jalenas ni kan.. leh tukar p dok kuantan... wahhhhh bestttttt

gengel
Admin

Posts : 341
Join date : 2009-07-27
Age : 26
Location : Wangsa Maju -- Brickfield

http://hsbb92009.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by leenaz on Fri Aug 14, 2009 5:27 pm

setuju ngan chuya..mcm x best je...
hurmm nak komen2 melampau xleh..
dari sudut positif bagus jugalah ada persaingan sihat..
moga tm terus maju jaya Smile
avatar
leenaz
Ahli Matang

Posts : 269
Join date : 2009-07-28
Location : Bukit Mahkamah

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by tokeikambeng on Fri Aug 14, 2009 5:37 pm

jommmm mtk keje kat jelanas...yihhaaaa
avatar
tokeikambeng
Tukang Jaga Umah

Posts : 144
Join date : 2009-07-27

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by pay_sa on Tue Aug 18, 2009 4:17 pm

xske la kalu politik memainkan peranan dlm menjayakan sesuatu benda kat mesia ni.....kalu xde campurtangan politik boleh x???

ak skang keje ngan TM....kang ak lari ke TNB bru ko tau...hehehe....

pay_sa
Ahli Matang

Posts : 430
Join date : 2009-07-27
Age : 32
Location : Seri Manjung, Perak

http://mfaisalamir.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by azri_chengkau on Tue Aug 18, 2009 4:51 pm

dah 52 tahun kita camni pesal...susah nak ubah benda tu...satu2nye yg boleh kte wat ialah dgn g mengundi...
avatar
azri_chengkau
Tukang Jaga Umah

Posts : 175
Join date : 2009-07-27
Age : 29
Location : BTHO Cheras ~ Annexe 1 ~ Brickfields

http://chengkau.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by keyell on Tue Aug 18, 2009 6:36 pm

pesal la byk2 negeri, pahang jgk yg dipilih? wlaupn aku sndri org pahang tp aku rse x ptut kot..kt selangor x blh ke..sape la yg nk pkai bnda tu kt pahang
avatar
keyell
Ahli Separa Baru

Posts : 53
Join date : 2009-08-18
Age : 32
Location : Kelana Jaya, Sunway Subang

http://hsbb92009.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by pay_sa on Wed Aug 19, 2009 10:22 am

sbb kat Selangor di bwh naungan pembangkang.....kalu kat Pahang tu sbb PM kite org Pahang....

ak dgr2 company tu adalah ada kaitan ngan PM kite...biasa la..main kroni skang ni....

dulu kata kat Pak Lah...skang ni 2 x 5 je....sume nk masuk poket sndri....adoi..ble bnda ni nk brubah...

pay_sa
Ahli Matang

Posts : 430
Join date : 2009-07-27
Age : 32
Location : Seri Manjung, Perak

http://mfaisalamir.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by maddy on Wed Aug 19, 2009 10:29 am

pay_sa wrote:sbb kat Selangor di bwh naungan pembangkang.....kalu kat Pahang tu sbb PM kite org Pahang....

ak dgr2 company tu adalah ada kaitan ngan PM kite...biasa la..main kroni skang ni....

dulu kata kat Pak Lah...skang ni 2 x 5 je....sume nk masuk poket sndri....adoi..ble bnda ni nk brubah...

tunggu aku jadi PM la..hehe
nanti pilihanraya akan datang jgn lupe undi aku (calon bebas)..hehe

maddy
Tukang Jaga Umah

Posts : 545
Join date : 2009-07-28
Location : BKM

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by hafidz on Wed Aug 19, 2009 11:14 am

parti kunci Laughing
avatar
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 33
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by pay_sa on Wed Aug 19, 2009 11:24 am

maddy wrote:
pay_sa wrote:sbb kat Selangor di bwh naungan pembangkang.....kalu kat Pahang tu sbb PM kite org Pahang....

ak dgr2 company tu adalah ada kaitan ngan PM kite...biasa la..main kroni skang ni....

dulu kata kat Pak Lah...skang ni 2 x 5 je....sume nk masuk poket sndri....adoi..ble bnda ni nk brubah...

tunggu aku jadi PM la..hehe
nanti pilihanraya akan datang jgn lupe undi aku (calon bebas)..hehe

xyah la...lupakan la....nnt ko pn akan terjebak ke kancah masuk poket sndri....xyah nk tambah dosa yg sememangnye dah betambah2...hihihih....

pay_sa
Ahli Matang

Posts : 430
Join date : 2009-07-27
Age : 32
Location : Seri Manjung, Perak

http://mfaisalamir.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by intan nurul ashikin on Fri Aug 21, 2009 2:27 pm

normal la tue
sapa2 jdi Pm pun msti diorg akan majukan ditempat diorg dulu.
itu dh perkara biasa lam politik.
Apapun
org pangkah politik
sbb org xsuka ar
dlm hal2 mcm nie pun nk libatkan politik.
avatar
intan nurul ashikin
Ahli Separa Baru

Posts : 173
Join date : 2009-08-18
Age : 32
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/sizuka85

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by pay_sa on Mon Aug 24, 2009 11:21 am

sbb tu ak xnk masuk politik....

pay_sa
Ahli Matang

Posts : 430
Join date : 2009-07-27
Age : 32
Location : Seri Manjung, Perak

http://mfaisalamir.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalenas bersaing dengan TM?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum