Rahsia Kusyuk Dalam Solat

View previous topic View next topic Go down

Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by tokeikambeng on Tue Aug 04, 2009 6:14 pm

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-



1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki




Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.
avatar
tokeikambeng
Tukang Jaga Umah

Posts : 144
Join date : 2009-07-27

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by u-are on Fri Sep 04, 2009 12:42 pm

almk....slma ni,cm sia2 je solat gue...hu3...
avatar
u-are
Ahli Matang

Posts : 412
Join date : 2009-08-19
Age : 30
Location : bkt raja

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by maddy on Fri Sep 04, 2009 12:48 pm

u-are wrote:almk....slma ni,cm sia2 je solat gue...hu3...

eh..jgn ckp camtu..lps semayang berdoa la supaya Allah menerima solat kita td..

maddy
Tukang Jaga Umah

Posts : 545
Join date : 2009-07-28
Location : BKM

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by u-are on Fri Sep 04, 2009 12:49 pm

aaminnnnn....tq maddy...ngeeeee.... Very Happy
avatar
u-are
Ahli Matang

Posts : 412
Join date : 2009-08-19
Age : 30
Location : bkt raja

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by 4G93T on Fri Sep 04, 2009 1:14 pm

Ada alim ulamak yg mgatakan bhawa:-

Lakukanlah slt dengan yakin,khusyuk & Tawadu'...

Insya'Allah slt itu akan diangkat/diterima Oleh Allah S.W.T...Aminn..

Lbh krg cm2lah bunyinye...

p/s: jgn png kpla,sume 2 urusan yang maha Esa...
Cool
avatar
4G93T
Ahli Matang

Posts : 291
Join date : 2009-09-02
Age : 32
Location : KL Menjerit,Malaysia

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by junepian85 on Mon Sep 07, 2009 1:15 pm

ustazah aku ajar..setiap kali sujud...doa dalam hati...minta allah terima ibadat kita...
avatar
junepian85
Ahli Matang

Posts : 563
Join date : 2009-08-17
Location : Putrajaya-KL

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by condor hero on Fri Sep 11, 2009 2:17 am

jadilah solat sebagai kerja harian kita seperti makan dan minum...

tak malu ke makan nikmat yang DIA bagi kalau tak solat??

fikir fikir dan renung renungkan lah
avatar
condor hero
Ahli Separa Baru

Posts : 102
Join date : 2009-09-10
Age : 29
Location : PENYU TeluR

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by u-are on Wed Sep 16, 2009 11:03 am

btul3.... bounce

tp rmai still xsedar suma 2....

kte gak kdng2 lalai...rmehkan wak2 solt...hu3...
avatar
u-are
Ahli Matang

Posts : 412
Join date : 2009-08-19
Age : 30
Location : bkt raja

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by hafidz on Wed Sep 16, 2009 11:21 am

Keje kite siram pokok, baja pokok. Nk tumbuh cepat2, nk buah cepat2 itu keje Dia.
avatar
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 33
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by condor hero on Wed Sep 16, 2009 11:27 am

hafidz wrote:Keje kite siram pokok, baja pokok. Nk tumbuh cepat2, nk buah cepat2 itu keje Dia.

hafidz... tak faham la.... istiqamah ke??
avatar
condor hero
Ahli Separa Baru

Posts : 102
Join date : 2009-09-10
Age : 29
Location : PENYU TeluR

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by hafidz on Wed Sep 16, 2009 12:20 pm

pikir2 la sendiri
avatar
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 33
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by condor hero on Wed Sep 16, 2009 12:40 pm

wadus.... kedekut ilmu gak nihs ...

ustaz amin kan dah gitahu kat hsbb8 kat taiping...

tiga perkara yang membawa ke syurga...
avatar
condor hero
Ahli Separa Baru

Posts : 102
Join date : 2009-09-10
Age : 29
Location : PENYU TeluR

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by u-are on Wed Sep 16, 2009 2:28 pm

hish...xbaek tau kdkut ilmu...

klu kte sebar2kn kn elok...he3...

klu de yg xfhm,kte terang2kn...btul x concor??heh3..
avatar
u-are
Ahli Matang

Posts : 412
Join date : 2009-08-19
Age : 30
Location : bkt raja

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by hafidz on Wed Sep 16, 2009 3:23 pm

Yelah maksud dia, contoh cam tuhan suruh smyg, kite smyg la buat ape yg Dia suruh. Soal dia terima atau tak...tu keje Dia. Yang penting ikhlas dr hati buat kerana Dia.
avatar
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 33
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by condor hero on Wed Sep 16, 2009 3:48 pm

oh cam tuhs.... cam gituh lah kita sakrang.... kekadang beramal je... tapi tak pikir hati orang lain... entah lah... banyak jenis sangat... tu neraka dan syurga bertingkat tingkat...
avatar
condor hero
Ahli Separa Baru

Posts : 102
Join date : 2009-09-10
Age : 29
Location : PENYU TeluR

Back to top Go down

Re: Rahsia Kusyuk Dalam Solat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum