High Speed BroadBand
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Contoh Surat Rasmi....

5 posters

Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Contoh Surat Rasmi....

Post by hafidz Tue Aug 18, 2009 1:44 pm

--------------------------------------------------------------------------------
biniku yang tersayang
17, Jalan Angkasa ,
Kuala Lumpur.

28 Feb 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. P ada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA

Yang Ikhlas Memohon,

Suami tersayang
hafidz
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 40
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by pay_sa Tue Aug 18, 2009 1:54 pm

mmg gempak ah surat nie....nnt ak nk copy lah....wat preparation...hehehe

pay_sa
Ahli Matang

Posts : 430
Join date : 2009-07-27
Age : 38
Location : Seri Manjung, Perak

http://mfaisalamir.blogspot.com

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by gengel Tue Aug 18, 2009 3:04 pm

huk huk.. kalo boipren aku kasik kat bini dia.. rerasa ko bini dia ngamuk tak? muahahaha....

gengel
Admin

Posts : 341
Join date : 2009-07-27
Age : 33
Location : Wangsa Maju -- Brickfield

http://hsbb92009.blogspot.com

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by hafidz Tue Aug 18, 2009 3:18 pm

try n error la....hahaha
hafidz
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 40
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by gengel Tue Aug 18, 2009 3:31 pm

huhuhu takyah la.. aku baru kena serang ngan wife dia.. tak sanggup lagi dah kena serang.. matik aku kang

gengel
Admin

Posts : 341
Join date : 2009-07-27
Age : 33
Location : Wangsa Maju -- Brickfield

http://hsbb92009.blogspot.com

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by maddy Tue Aug 18, 2009 3:36 pm

hahaha..walaupun berpoligami tue adalah benda yg baik...aku tetap keberatan kalo suami aku nk kawen 2,3 or 4.
tapi aku pown x taw masa akan datang..kita hanya merancang..Allah yg menentukan..
cuma aku harap biarlah die je satu-satunya suamiku tanpa perlu dikongsi dgn org laen..huhu...

maddy
Tukang Jaga Umah

Posts : 545
Join date : 2009-07-28
Location : BKM

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by hafidz Tue Aug 18, 2009 3:40 pm

kuikuikui Laughing
hafidz
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 40
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by gengel Tue Aug 18, 2009 3:48 pm

poligami ni kadang2 membantu insan2 lain contohnye cam aku nih.. hehehe
tapi semua ade pendapat dan pandangan sendiri kan...

tah la aku pun berserah je la.. asal wife dia ngamuk, kami putus. pastu sambung balik.. satgi putus balik.. aiyooooo maddy tulunnnnn

ko ar ni maddy.. apsal dulu tak marah2 aku jgn rapat ngan abang tuhhh..hahah salahkan maddy pule

gengel
Admin

Posts : 341
Join date : 2009-07-27
Age : 33
Location : Wangsa Maju -- Brickfield

http://hsbb92009.blogspot.com

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by maddy Tue Aug 18, 2009 3:53 pm

chuya wrote:poligami ni kadang2 membantu insan2 lain contohnye cam aku nih.. hehehe
tapi semua ade pendapat dan pandangan sendiri kan...

tah la aku pun berserah je la.. asal wife dia ngamuk, kami putus. pastu sambung balik.. satgi putus balik.. aiyooooo maddy tulunnnnn

ko ar ni maddy.. apsal dulu tak marah2 aku jgn rapat ngan abang tuhhh..hahah salahkan maddy pule

tu la chuya..xkn aku nk marah ko pulak..aku hanya bole bg pendapat je..huhu..
kang aku marah lebey2 pulak,takut benda tu jadi balik kt aku..huhu
tapikan chuya, kalo da taw api tu bahaya, kenapa kita nak dekat2 lagi..hurm.. Rolling Eyes Rolling Eyes

maddy
Tukang Jaga Umah

Posts : 545
Join date : 2009-07-28
Location : BKM

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Dialog Madu tiga

Post by hafidz Wed Aug 19, 2009 10:51 am

"abg nak kemana bang?"

"aku nak pegi kenduri org kawin...butang baju aku mana da...?"

"aik...baju kot mana ada butang"
"baju melayu aku da..."

"selalu kan abg pegi rumah orang kawin pakai baju kot...setahu tipah,orang yang bebaju melayu org tu la nak kawen...."

"isshhh budak ni..sekali aku cepuk......baju melayu kan baju kebangsaan...............butang baju aku mana da...."

"amboi abg ni...org cakap sikit pun dah nak marah..."

"aku bukan marah....nasihat.....butang baju aku mana pah..........."
hafidz
hafidz
Ahli Matang

Posts : 714
Join date : 2009-07-31
Age : 40
Location : Melaka Bandaraya Warisan Dunia

http://daunhijau.42y.biz

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by yan86 Wed Aug 19, 2009 10:58 am

ishhhh2
Ya Allah Ya Tuhan ku
jauhkan aku dari madu bermadu yg
mcm hempedu 2

yan86
Ahli Separa Baru

Posts : 86
Join date : 2009-08-05
Age : 38
Location : TMTC KL

http://hsbb8.blogspot.com

Back to top Go down

Contoh Surat Rasmi.... Empty Re: Contoh Surat Rasmi....

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum